Isnin, 29 Julai 2013

Resepi Bubur Ayam


Bahannya
  • 500g isi ayam - cincang/kisar
  • 2 1/2 gayung beras - cuci bersih, toskan
  • 8 biji bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 1/2 ibu jari halia - tumbuk lumat
  • 1-2 cawan sayur campur
  • Air secukupnya
  • garam dan lada putih serbuk secukup rasa
  • daun bawang, daun sup dan bawang goreng buat taburan

Caranya:
  1. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Air hendaklah 3/4 penuh periuk..ditambah bila perlu.
  2. Setelah mendidih, masukkan isi ayam, beras, lada putih dan garam. Masak dengan api yang perlahan. Sekali-sekala dikacau supaya nasinya hancur dan tidak berkerak.
  3. Setelah masak, masukkan sayur campur..masak lagi 5 minit..matikan api..hidang.
  4. Hidangkan bersama taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang..dan sambal kicap...dan telur asin (century egg).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan