Isnin, 29 Julai 2013

Resepi Sayur Goreng Szechuan




BAHAN-BAHAN
  • 15 ekor udang
  • 2 batang celery stalk
  • ½ batang lobak merah (hiris nipis)
  • ½ tin cendawan butang (belah 2)
  • ½ pokok bunga kobis
  • ½ pokok brokoli
  • 1 biji bawang besar (belah enam)
  • 4 biji bawang putih (cincang)
  • 6-8 batang cili kering (bilas dan gunting tiga setiap satu)
  • 3-4 sb cuka hitam
  • 2 sb kicap cair
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit air

CARA-CARANYA
  1. Tumis cili kering dengan sedikit minyak sehingga garing (jangan sampai hitam/hangus).
  2. Masukkan bawang putih, tumis sebentar dan masukkan udang.
  3. Setelah udang ¾ masak, masukkan bawang besar dan diikuti dengan sayuran-sayuran lain..didahulukan sayur yang lambat masak dahulu. Gunakan sedikit air bila perlu.
  4. Masukkan cuka hitam, kicap cair dan gula . Kacau rata. Matikan api setelah sayur ¾ masak. Hidang.

Tips – Campuran bahan-bahan perasa ini mesti ada rasa tajam cuka, masin dan manis yang rata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan