RESEPI TERKINI CIK BEE

Resipi Coklat Marshmallow Cornflakes



Pada segmen resipi pilihan kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda resipi coklat marshmallow cornflakes.
Sedikit gambaran mengenai coklat tersebut, terdapat elemen rangup dan kenyal dalam coklat tersebut. Kepada yang suka makan marshmallow, coklat ini menjadi pilihan mereka.

Bahan-bahan yang diperlukan
1. Coklat kompaun yang telah dicairkan.
2. Marshmallow yang telah dipotong kecil.
3. Cornflakes yang telah dihancurkan.

Cara-cara membuatnya
1. Buat kelongsong coklat seperti didalam gambar.

2. Masukkan marshmallow kedalam kelongsong tersebut.

3. Taburkan cornflakes kedalam kelongsong.

4. Penuhkan acuan dengan coklat, ratakan permukaan acuan dan keraskan didalam peti sejuk. Inilah hasil selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

5. Sedia untuk dihidangkan.


Troubleshoot Jika acuan coklat anda kecil, potong marshmallow menjadi lebih kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam kelongsong (Tidak terkeluar-keluar seperti didalam gambar) supaya mudah untuk meratakan permukaan coklat.

Sumber : Guru Coklat Edisi 1
0 Komentar untuk "Resipi Coklat Marshmallow Cornflakes"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info