RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Coklat Peanut Butter Almond Crunchy



Perkongsian resipi coklat pada edisi kali ini ialah Coklat Peanut Butter Almond Crunchy. Resipi ini sebenarnya telah ditulis di Blog Guru Coklat pada suatu ketika dahulu. Jika anda pembaca Blog GC, pasti pernah terbaca resipi ini.

Jika anda belum mengetahui lagi resipi ini, dijemput untuk mencuba resipi ini nanti.


Resipi ini merupakan gabungan coklat Truffle(Coklat berintikan Soft-filling atau Ganache) dan Praline(Coklat berintikan nut) di mana pada isi tengah coklat tersebut saya menggabungkan Badam dan Soft-filling Peanut Butter. Coklat ini ada 3 lapisan. Lapisan yang paling luar ialah coklat Compound/Couverture. Lapisan kedua ialah inti gabungan Peanut Butter dan Badam. Lapisan terakhir ialah lapisan Cornflakes yang dikisar dan disalut dengan coklat. Rasa coklat ini ada rasa pahit-pahit peanut butter, manis berkrim coklat, dan rangup-rangup cornflakes dan badam. Sangat sedap rasanya.

Bahan – bahan yang diperlukan ialah :
1. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
2. Badam.
3. Peanut butter.
4. Cornflakes yang telah dikisar.
5. Acuan coklat.
6. Berus mewarna/stik.

Cara – cara membuatnya ialah :
1. Masukkan coklat Compound/Couverture yang telah cair kedalam acuan coklat sehingga memenuhi 1/3 ruang didalam acuan coklat.
2. Ratakan 1/3 coklat tadi sehingga memenuhi permukaan ruang dalam acuan tadi dengan menggunakan berus mewarna/stik. (Dibahagian ini akan terhasil kelongsong coklat.)
3. Masukkan sedikit inti peanut butter ke dalam kelongsong coklat tadi. (Boleh menggunakan sudu atau piping bag.)
4. Kemudian, masukkan pula badam kedalam peanut butter tadi.
5. Tuangkan semula coklat yang telah cair sehingga memenuhi 2/3 acuan.
6. Hentakkan acuan sehingga memenuhi ruangan bawah acuan.
7. Taburkan Cornflakes yang telah dikisar ke atas permukaan coklat.
8. Tuangkan lagi coklat yang telah cair kedalam acuan sehingga memenuhi acuan.
9. Hentakkan acuan semula.
10. Ratakan permukaan coklat dengan menggunakan perata.
11. Masukkan acuan coklat kedalam peti sejuk selama beberapa minit.
12. Keluarkan acuan dari peti sejuk, dan keluarkan coklat dari acuan.
13. Sedia untuk dihidangkan. 
*Gambar coklat yang terhasil Selamat mencuba dan semoga berjaya. 

Sumber : Guru Coklat Edisi 2


0 Komentar untuk "Resepi Coklat Peanut Butter Almond Crunchy"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info