RESEPI TERKINI CIK BEE

Tip Asas Membuat Coklat Homemade


Anda tengah mencari resepi coklat homemade ? Tak perlu buang masa lagi ! Anda akan belajar bagamaina nak buat coklat homemade pertama anda. Coklat homemade amat mudah disediakan jika anda sudah mempunyai bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan untuk membuat coklat homemade tidak banyak dan mudah untuk disediakan.

=================================================================
Kenal Pasti Jenis Coklat Sebelum Membuat Coklat Handmade
=================================================================

Bagaimana untuk terntukan jenis coklat yang sesuai untuk membuat coklat handmade? Ini mungkin menjadi masalah bagi anda yang masih baru dalam dunia pembuatan coklat handmade. Tapi ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar. Saya pasti anda tercari-cari bagaimana untuk atasi masalah ini. Saya akan kongsikan sedikit info berkenaan jenis coklat yang sesuai untuk anda gunakan.

Mungkin anda sudah tahu beberapa jenis coklat seperti dark coklat, coklat putih, coklat koko dan coklat cair. Tapi jenis coklat apa yang terbaik untuk membuat coklat handmade ? Sudah pastinya coklat jenis compound dan couverture.

Coklat compound adalah sangat sesuai jika anda masih baru dalam pembuatan coklat kerana anda hanya perlu cairkan coklat menggunakan double boiler. Setelah cair anda boleh masukkan ke dalam acuan yang untuk mendapatkan bentuk-bentuk mengikut cita rasa anda. Seterusnya, anda perlu keraskan dalam peti sejuk. Harga coklat compound lebih murah berbanding coklat couverture kerana kandungan coklat compound terdiri daripada serbuk koko, minyak nabati dan pemanis.

Pembuatan coklat couverture pula lebih susah berbanding coklat compound kerana memerlukan proses tempering dimana anda perlu mengawal suhu untuk menstabilkan koko dalam coklat couverture tersebut. Hampir 40% kandungan lemak yang ada pada coklat couverture. Harga coklat couverture pula lebih mahal kerana mempunyai kandungan lemak koko yang lebih tinggi. Tetapi, lemak koko inilah yang menjadikan coklat lebih sedap dan rasa yang lebih asli berbanding coklat compound.

Jadi, anda boleh mula membuat coklat dengan menggunakan 2 jenis coklat ini iaitu coklat compound dan coklat couverture. Biasanya bahan coklat ini boleh didapati di kedai-kedai kek berhampiran dengan anda. Nanti saya akan cuba kongsikan lanjut perbezaan antara coklat compound dan coklat couterture.

=================================================================
Jenis-jenis Coklat
=================================================================
Untuk makluman anda, terdapat dua jenis coklat iaitu coklat compound dan coklat couverture.

Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.



1) Coklat Couverture
Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama iaitu massa koko dan lemak koko. Ianya dikenali sebagai coklat yang bermutu tinggi. Pengendaliannya agak rumit. Rasa coklat ini lebih halus. Maklumlah, coklat Gred A.

2) Coklat Compound
Coklat yang lebih murah, bahan utama yang digunakan serbuk koko manakala lemak koko mengantikan lemak koko asli. Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko dan lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat compound.
Saya menggunakan coklat jenis compund ni. Kalau ada permintaan utk coklat conventure baru saya buat, tapi harga nya sudah berlainan. Coklat compund kurang sensitif terhadap suhu berbanding dgn coklat conventure. Sebab tu harga conventure lebih mahal sikit.

3) Coklat Berperisa
Terdapat coklat berperisa dan berwarna. Ianya adalah coklat putih yang diperisakan dan diwarnakan seperti perisa strawberry, oren dan sebagainya.

4) Coklat tanpa gula
Untuk menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula, bahan utama iaitu gula biasa digantikkan dengan gula tiruan seperti maltitol dan isomalt.

=================================================================
Teknik Mencairkan Coklat - Double Boil
=================================================================
Teknik double boil adalah satu kaedah untuk mencairkan coklat tanpa mengubah dari segi rasa dan warnanya.

Teknik ini menggunakan periuk khas bertingkat yang boleh dibeli di kedai peralatan masakan atau dapur.


  • Periuk ini selain digunakan untuk mencairkan coklat boleh juga digunakan untuk membuat kaya atau kastad sos.
  • Jika tiada periuk khas ini, boleh juga gunakan dua sauce pan [periuk leper] yang mana sauce pan yang lebih besar diisikan air manakala sauce pan kecil dimasukkan coklat yang telah dipotong kecil, kemudian letakkan dalam bekas yang berisi air tadi.
  • Masakkan dengan api sederhana sambil kacaukan sehingga coklat tadi cair. Apabila coklat sudah dicairkan, masukkan sedikit cocoa-butter, majerin atau minyak.
  • Jika tiada 2 sauce pan, sebagai ganti boleh gunakan 1 sauce pan dan 1 mangkuk tahan panas.
  • Jika tiada sauce pan, gunakan kuali dan isikan sedikit air. Cara memasaknya adalah sama.
  • Antara cara yang boleh digunakan sebagai dobel boiler adalah :



Saksikan video ni...



=================================================================
Cara-cara Menggunakan Coklat Compound
=================================================================
Dalam resepi coklat homemade kali ini, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk membuat coklat menggunakan coklat compound sahaja. Coklat couverture agak rumit berbanding coklat compound.



Bahan-Bahan Resepi Coklat Homemade 

1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate).

2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda seperti kismis, almond, kacang, dan sebagainya.

**terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl's, Colatta, Selborne.

Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade 

1) Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.

2) Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.

Cara-cara Menyediakan Resepi Coklat Homemade 

1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.

2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.

3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.

4) Sejukkan dalam peti ais.

5) Finally, coklat homemade telah siap untuk dihidangkan atau dijual.

Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.

ps: anda juga boleh mewarnakan coklat anda jika anda mahu seperti dalam video berikut:-




8 Komentar untuk "Tip Asas Membuat Coklat Homemade "

Coklat compund tu sama ke dgn coklat memasak?

sy lelaki nk try buat blh ke hahaha. lelaki coklat. hantam aje :-D yg penting sooo goood

Coklat masakan boleh guna tak :')

Nak tanye ye , kenapa coklat susu bila di cairkan dia cepat keras dan berketul2 , tidak seperti coklat hitam atau coklat putih, dan biasanye coklat susu ni yg berwarna putih ni untuk buat resepi ape ye

Nak tanye ye , kenapa coklat susu bila di cairkan dia cepat keras dan berketul2 , tidak seperti coklat hitam atau coklat putih, dan biasanye coklat susu ni yg berwarna putih ni untuk buat resepi ape ye

Terima kasih atas resipi @};—

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info