RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Luxury Almond London Praline





Sempena bulan Ramadhan yang menjelang ini, saya ingin kongsikan 1 resipi istimewa bersama anda.
Sebelum itu, kita semua tahu antara kuih raya yang popular dan kerap orang hidangkan pada hari raya ialah biskut Almond London. Apa kata raya tahun ini, kita beri sedikit kelainan dengan menghidangkan kepada para tetamu kita sesuatu yang lebih eksklusif dan istimewa.  Resipi pada kali ini diberi nama Luxury Almond London Praline. Dari segi konsep memang sama dengan Almond London biasa iaitu biskut yang mengandungi badam dan disalut coklat berserta taburan badam cincang. Cuma yang membeza resipi kali ini dengan Almond London biasa ialah biskutnya kita campurkan dengan koko dan susu tepung. Kemudian, disalut penuh dengan coklat Couverture dan badam kepingan. Hidangan istimewa untuk penggemar coklat dan kekacang.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 250 g butter
2. 125 g gula halus
3. 1 biji telur
4. 450 g tepung gandum
5. 1 ts baking soda
6. 3 sb serbuk koko
7. 3 sb susu tepung
8. Badam
9. 500 g coklat Couverture
10. Badam kepingan


Cara-cara untuk membuatnya:
1. Pukul butter dengan gula sehingga sebati. Kemudian, campurkan dengan telur dan pukul lagi sehingga rata.
2. Campurkan tepung, baking soda, serbuk koko dan susu tepung bersama campuran tadi dan uli sehingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh, isikan dengan badam dan bentukkan menjadi bujur.
4. Bakar pada suhu 180oC selama 15 minit. Selepas itu, sejukkan biskut.
5. Cairkan coklat Couverture
6. Celupkan biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
7. Salut dengan badam kepingan.
8. Letakkan di atas dulang dan sejukkan biskut tersebut pada suhu bilik sehingga coklat menjadi keras (boleh sahaja keraskan coklat dengan meletakkannya dalam peti sejuk untuk seketika).
9. Sedia untuk dihidangkan.



Sumber : Guru Coklat Edisi 3

0 Komentar untuk "Resepi Luxury Almond London Praline"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info