RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Mee Goreng Mamak Penang Special



Mee Goreng Mamak mempunyai keunikan tersendiri berbanding mee goreng jenis lain, iaitu cara memasak yang pantas serta aroma yang unik. Berikut Cik Ruby kongsikan Resepi Mee Goreng Mamak Penang Special


Bahan-bahan:
  • 2 kg mee kuning
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 4 batang sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 biji tomato (dipotong kecil)
  • 60 gm isi udang dan isi ayam
  • 1 cawan cili boh
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • Sedikit minyak untuk menumis Bahan untuk hiasan:
Hiasan:
  • Cili merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
Cara menyediakan:
  1. Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.
  2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.
  3. Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.
  4. Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.
  5. Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.
Mee Mamak @ Mee Goreng Mamak

Selamat mencuba






0 Komentar untuk "Resepi Mee Goreng Mamak Penang Special"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info