RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Paprik Seafood Ala Thai



Bahan-bahannya :-
  • 300gm campuran udang & sotong
  • 3 biji bawang merah ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 1/2 inci halia ~ dicincang
  • 1 biji bawang holland ~ dipotong
  • 1/2 biji carrot ~ dihiris
  • 3 batang kacang panjang ~ dipotong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sb cili kering kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • 1 sk sos ikan
  • garam secukup rasa

Cara-cara memasaknya
:-
  1. Masukkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sotong biar sehingga masak & kemudian masukkan pula udang masak sebentar saja
  3. Tambahkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.Masukkan carrot & kacang panjang. Gaul rata, biar sayur masak.
  4. Masukkan bawang dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
  5. Sedia dihidangkan.


0 Komentar untuk "Resepi Paprik Seafood Ala Thai"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info