RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Bakso




Bahan-Bahan
  • ½ kilogram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih dan dihiris
  • 50 gram tepung sagu
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 biji putih telur

Sediakan
  • 1 mangkuk besar air mendidih
  • 1 mangkuk air sejuk/air ais

Cara Penyediaan Bakso
  1. Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan senduk sampai mesra dan tidak melekat.
  2. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari.
  3. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung.
  4. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

Kuah Bakso
  1. Sediakan air rebusan daging.
  2. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa.
  3. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Sajian
  1. Sediakan mangkuk berisi mee kuning atau bihun yang sudah direbus.
  2. Tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.



0 Komentar untuk "Resepi Bakso"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info