RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Coklat Badam Cincang Dengan Video Tutorial




Assalamualaikum semua.

Hari ini Cik Bee nak kongsi resipi simple sahaja.
Resipi ini boleh digunakan jika masa buat coklat tu, ada lebihan coklat, boleh cuba resipi ini. Nama asal resipi ini ialah Guru Coklat Badam Cincang daripada Khai Guru Coklat. Resipi ini akan memberi hasil coklat yang mengandungi badam cincang.

Baiklah. Kita terus kepada bahan-bahannya.


Bahan – bahannya ialah :
  • Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan. 
  • Badam Cincang. 
  • Acuan coklat 
Cara – caranya ialah :
  1. Masukkan badam cincang seberapa banyak yang anda mahu kedalam coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan. 
  2. Gaul badam cincang bersama coklat tadi sehingga sebati semuanya.  
  3. Masukkan coklat yang telah bergaul dengan badam cincang tadi kedalam acuan. 
  4. Ratakan permukaan acuan. 
  5. Sejukkan coklat kedalam peti sejuk. 
  6. Setelah keras, keluarkan coklat tersebut dari acuan. 
  7. Sedia untuk dihidangkan. 


E-Shop Produk Coklat

Sumber : Khai Guru Coklat
0 Komentar untuk "Resepi Coklat Badam Cincang Dengan Video Tutorial"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info