RESEPI TERKINI CIK BEE

Info : Khasiat Bawang Putih (Allium sativum)



Bawang putih digunakan sebagai bahan masakan yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darahdan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.


Bawang putih / garlic

Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang dikatakan ? Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.

Antara bahan aktif garlic ialah :
  • alliin – dalam garlic yang segar
  • allicin
  • diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)
  • ajoene
Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis anti-oksident), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.

CVD (Cardiovascular disease)

Garlic telah didapati membantu dalam perkara-perkara ini :
  • mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak di dalam darah). Garlic juga mungkin meningkatkan kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan garlic. Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah (atherosclerosis) dikikis oleh garlic dan kolesterol ini masuk ke dalam saluran darah. Ini membuktikan keberkesanan garlic dalam mengurangkan atherosclerosis – sila lihat di bawah.
  • mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja dsb, pemakanan yang banyak lemak dsb.
  • membantu mencairkan blood clot yang sedia ada. Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke).
  • mengurangkan berlakunya proses atherosclerosis.
  • mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana beberapa sebab :
    • garlic membuang bakteria yang tidak baik dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik.
    • garlic mempunyai kesan diuretik iaitu pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah.
    • garlic menyebabkan prostaglandins (sila lihat rencana mengenai evening primrose oil) meregangkan (relax) saluran darah dan ini juga mengurangkan tekanan darah.
Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA).

Kanser

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.
Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.
Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.

Kelebihan-kelebihan lain
  • Garlic sering diambil bersama-sama Horseradish untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus.
  • Garlic memperbaiki penghadaman anda. Ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus. 
  • Garlic membantu bagi mereka yang bermasalah membuang air (sembelit).
  • Sulfur di dalam garlic mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.
  • Garlic telah digunakan dengan jayanya dalam masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi).
  • Garlic baik untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengurangkan kadar gula.
Salah satu bahan aktif garlic, ajoene, didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap. Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase adalah cara bekerja sejenis ubat kurus yang terbaru di pasaran (Xenical).

Penyakit Yang Dapat Diubati :

Hipertensi, Asma, Batuk, Masuk angin, Sakit kepala, Sakit kuning; Sesak nafas, Busung air, Ambeien, Sembelit, Luka memar, Abses; Luka benda tajam, digigit serangga, Cacingan, Sulit tidur (Insomnia);

Cara-cara Penggunaan :

1.Hipertensi
Ambil > 2-3 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah, lalu ditelan sambil minum air hangat. Lakukan 3 kali sehari. B > Bawang putih dibakar sampai matang, makan. Dua hari pertama makan 6 ulas selanjutnya selama seminggu makan 2 ulas.

2.Sakit kepala
Umbi bawang putih dilumatkan, lalu lumurkan pada dahi.

3.Flu
Bawang putih, bawang merah, jahe dengan takaran yang sama dikupas, cuci, seduh. Tutup selama 15 menit, sisihkan jahenya, makan bawang merah, bawang putih, minum airnya.

4.Disentri
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, rebus dengan segelas air. Minum sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari, selama 2-3 hari.

5.Batuk rejan dan bronkhitis
30 gram bawang putih, kupas, cuci, lumatkan, campur dengan gula batu dan segelas air matang, diamkan selama 5-6 jam. Minum 1 sendok makan penuh setiap hari selama beberapa hari.

6.Borok
2-3 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, campur dengan 1 sendok minyak kelapa sampai rata. Oleskan pada bagian yang bengkak.

7.Luka kena benda tajam berkarat
Bawang putih dikupas, cuci, bakar, celupkan ke dalam minyak kelapa, lumatkan. Oleskan pada bagian yang luka.

8.Cacingan
3 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah sampai halus, telan dan minum air hangat. Lakukan 1-2 kali sehari.

9.Nyeri haid
2 ulas bawang putih dikupas, kunyah halus, telan. Minum 2 sendok makan air hangat. Lakukan 2 kali sehari.

10.Migrain
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah perlahan sampai lumat lalu telan dan minum air hangat. Lakukan 2 kali sehari.

11.Perut kembung
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah perlahan sampai halus, telan lalu minum air hangat. Lakukan 3 kali sehari.

12.Bisul yang baru tumbuh
1 ulas bawang putih, kupas, cuci, belah. Oleskan pada bisul yang baru timbul. Lakukan berkali-kali.

13.Sakit maag
Bawang putih laki-laki (yang tumbuh sendiri, tunggal, tidak bergerombol) , dikupas, cuci, kunyah. Lakukan 3 kali sehari.

14.Asma, batuk, masuk angin
3 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan. Beri 1 sendok makan madu dan gula batu yang sudah dicairkan. Campurkan semua bahan, aduk rata, saring. Minum setiap pagi sampai sembuh.

15.Mengeluarkan serpihan kaca, kayu/duri
Bawang putih dikupas, cuci, lumatkan.. Tempelkan pada bagian yang dimaksud.

16.Ambeien
Bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, peras, oleskan airnya di sekitar anus setiap hari.

17.Cantengan
Cuci 2 ulas bawang putih yang sudah dikupas dan 2 kemiri. Lumatkan dan beri garam dapur. Tempelkan pada kuku yang bengkak, balut. Ganti sehari 2 kali, pagi dan sore.

18.Digigit serangga beracun
6 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, oleskan pada bagian yang disengat, balut.

Sebaiknya bawang putih tidak dimakan mentah, karena mengganggu lambung, lebih baik direbus, digoreng, atau dipanggang lebih dulu.

 Perkara-perkara lain
  • Garlic yang tidak berbau (odourless garlic) tidak mengandungi bahan aktif sulfur. Ini mungkin mengurangkan keberkesanan garlic tersebut.
  • Pengambilan garlic untuk jangkamasa yang lama dan dalam dos yang tinggi perlu untuk mendapatkan kesan yang baik.
  • Kesan sampingan garlic termasuklah ketidakhadaman yang berlaku pada individu tertentu dan bau mulut menjadi ‘busuk’ – terutamanya kepada mereka yang tidak suka garlic.



10 Sebab Kebaikan Bawang Putih
Untuk pengetahuan anda, bawang putih mempunyai banyak khasiat di mana ia dapat melindungi tubuh dari diserang penyakit jantung dan kanser serta menghapuskan 60 jenis kulat dan 20 jenis bakteria.  Mari ikuti kenapa bawang putih sangat baik untuk kesihatan anda. 

1)      Mengurangkan Kolestrol
Keinginan untuk sihat pasti menjadi idaman wanita. Dengan penggunaan bawang putih dalam masakan atau memakan bawang putih secara mentah, anda dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan sekiranya di ambil secara berterusan dalam jangka masa panjang.  Di pasaran kini, terdapat banyak pil yang lebih mudah untuk anda makan tetapi masih mempunyai khasiat yang sama.

2)      Elakkan Kanser Perut
Kesihatan adalah penting kepada pasangan dan anda dalam pengamalan diet pemakanan yang seimbang. Sekiranya anda menggunakan bawang putih, penyakit seperti kanser perut dapat dielakkan. Ini kerana, bawang putih menghalang nitrat diet daripada menjadi sel kanser.

3)      Menghalang Kemerosotan Otak
Tidak semestinya tubuh badan sahaja perlu sihat, anda juga pasti menginginkan otak yang sihat dan cerdas. Tanpa otak yang sihat, anda mungkin tidak dapat membuat keputusan dengan betul dan berada dalam keadaan tenang. Oleh itu, amalkan bawang putih untuk menghalang kemerosotan otak serta membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.

4)      Awet Muda
“Oh, tidak! Garis-garis kedutan sudah mula nampak di dahi, bawah lingkaran mata, dan dagu”.  Masalah ini pasti membelenggu fikiran anda apabila umur meningkat seiring masa.  Terutamanya kepada wanita yang mementingkan kecantikan tubuh badan dan rupa. Usah risau, bawang putih dapat melambatkan proses penuaan anda untuk jangka masa panjang.  Wajah anda akan tampak lebih muda dengan amalan yang berterusan. 

5)      Mengurangkan Stress
Persekitaran yang bising di tempat kerja, cuaca yang panas dan tidak menentu, masalah kewangan, masalah keluarga yang mengganggu perasaan dan pemikiran anda yang akan diakhiri dengan tekanan perasaan seperti stress.  Jangan biarkan diri anda dibelenggu masalah, tenanglah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.  Untuk kesan yang lebih baik, amalkanlah pemakanan bawang putih dalam masakan, kerana ia juga dapat mengurangkan tekanan yang anda alami. 

6)      Terhindar Serangan Jantung
Disamping mengurangkan kadar kolesterol dalam badan, khasiat bawang putih ialah untuk mencegah tubuh dari diserang penyakit jantung.  Kini, serangan jantung tidak mengira peringkat umur. Kepada bakal pengantin dan pasangan pengantin baru, adalah terbaik sekiranya anda bertindak dari sekarang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

7)      Meningkatkan Selera makan
Ini adalah berita baik buat anda yang ingin menambahkan berat badan.  Khasiat daripada bawang putih boleh membantu anda untuk meningkatkan selera makan.  Tidak perlu ubat atau vitamin tambahan, dengan masakan yang mengandungi bawang putih, anda sudah mendapat keputusan yang diingini.



 Sumber: Wiki - kalau tak faham istilah nya sila ke Google Translate..hihi


0 Komentar untuk "Info : Khasiat Bawang Putih (Allium sativum)"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info