RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Kuih Cara Berlauk



Bahan-bahan untuk Inti:
  • 1/2 cawan ayam (dicincang kecil)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam/daging (bancuh dgn 1 cawan air)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Segenggam udang kering (ditumbuk halus)
  • Garam secukup rasa
Cara Buat:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan udang kering dan ayam, tumis hingga masak.
4. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan juga garam.
5. Tumis lagi hingga naik minyak.
6. Biarkan seketika hingga pekat.
7. Tutup api dan ketepikan.


Bahan-bahan untuk Kuih Cara:- 
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna)

Cara Buat:
1. Campur kesemua bahan-bahan di atas.
2. Kisar / blend hingga bahan-bahan tadi sebati.
3. Panaskan acuan di atas api dengan api sederhana.
4. Sapu sedikit butter ke dalam acuan supaya kuih cara tidak melekat.
5. Masukkan adunan mengikut acuan hingga hampir penuh.
6. Tuangkan inti di tengah kuih.
7. Taburkan cili merah dan daun sup (saya hanya letak cili merah).
8. Tutup acuan dengan tudung periuk yg berkaca.
** (supaya senang untuk melihat kuih telah masak atau belum).
9. Setelah masak, keluarkan kuih cara dengan menggunakan 2 garfu.

  • Kuih cara masak apabila telah bertukar warna kuning. Ulangi langkah 4-9 sehingga adunan kuih cara habis dimasak.
0 Komentar untuk "Resepi Kuih Cara Berlauk"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info