RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Puding Roti Berkaramel



Bahan-bahan:
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 3 biji telur gred A atau 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
Cara-cara :
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) 


0 Komentar untuk "Resepi Puding Roti Berkaramel"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info