RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Belut Masak Phak Phet



Masakan ala Thai, masa buat kira-kira 35 minit.

Bahan-bahan ( 8 orang )
  • 1kg belut 
  • 8 ulas bawang merah 
  • 6 ulas bawang putih 
  • 6 batang serai 
  • 10 biji cili kering 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci kunyit 
  • 15 helai daun limau purut 
  • asam jawa 
  • garam 
  • gula 
  • minyak masak
Cara-cara
  1. Bersihkan belut (campur garam dan asam keping untuk membuang lendir) 
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, serai , cili kering , halia, kunyit 
  3. Panaskan minyak , kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik minyak 
  4. Tambahkan air asam jawa diikuti belut yang sudah di bersih dan kacau lagi. 
  5. Tambahkan sedikit air, kemudian biarkan sehingga mendidih, bila mendidih bolehlah masukkan garam gula dan daun limau purut serta msg (jika suka) 
  6. Sedap dimakan dengan nasi panas



0 Komentar untuk "Resepi Belut Masak Phak Phet"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info