RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Tart Telur



Bahan2 Sweet Pastry (36 biji)

* 200 g Mentega
* 100 g Gula Aising (ku blender gula biasa aje)
* 1/4 sudu teh Esen Vanilla (sy x letak)
* 1 biji Telur
* 420 g Tepung Gandum }disatukan dan
* 1 sudu besar Susu Tepung } gaul rata


Bahan Filling Kastard

* 1 cawan Susu Cair
* 4 biji Telur
* 1 cawan Gula
* 1 cawan Air Biasa
* 1 sudu besar Tepung Kastard
* 1/2 sudu teh Aising Vanilla
* Sedikit Pewarna Kuning


Cara-cara :

* Untuk Pastry

1 - Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang.
2 - Masukkan telur, putar lagi hingga sebati.
3 - Masukkan tepung gandum yang dah digaulkan dengan susu tepung tadi, sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
4 - Rehatkan doh selama 20 minit.
5 - Ambik sedikit doh tadi, tekan dalam acuan tart, kemaskan dan buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 darjah selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.(kuletak 130 darjah sahaja).


* Untuk Filling Kastard

1 - Bancuh rata bahan kastard, kemudian tapis. Masukkan dalam jug air bermuncung. Sementara itu bakar kulit tart tadi selama 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 darjah (kuletak 130 darjah sahaja).

2 - Keluarkan kulit tart dari oven, tuang bancuhan kastard hingga penuh dan sambung membakar selama 20 minit lagi atau hingga permukaan kastard membeku.



Kulit tart sebelum dibakar

Resepi ni ambik dari Adam dan Hawa



0 Komentar untuk "Resepi Tart Telur"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info