RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Nasi Beriani Udang


Bahan Bahannya ( untuk 10 orang)
  • 3 Cawan Beras Basmathi (basuh & toskan)
  • 3 1/2 Cawan Air
  • 1 Cawan Susu Cair
  • 1 Sudu Besar Susu Pekat
  • 8 Ekor Udang Besar (500gm)
  • 50gm Rempah Briyani (jadikan pes)
  • 2 Sudu Besar Minyak Sapi
  • 4 Biji Bawang merah ( dihiris)
  • 3cm halia (dihiris)
  • 4 ulas Bawang Putih ( dihiris)
  • 1 Sudu Besar Air Mawar
  • 3-4 Ketul Rempah Kasar (campuran bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih)
  • 1 Tin Kecil Puri Tomato
  • 1 Tangkai Kecil Daun Ketumbar
  • 1/2 Cawan Kacang Gajus
  • 1/2 Cawan Kismis
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan periuk & masukkan minyak sapi. Tumis bawang merah, halia, bawang putih dan rempah kasar hingga wangi.
  2. Masukkan rempah briyani dan tumis seketika.
  3. Kemudian tuangkan puri tomato dan kacau rata.
  4. Masukkan udang, biar separuh masak, angkat dan ketepikan.
  5. Masukkan beras dan kacau rata.
  6. Tuangkan air, susu cair, susu pekat, dan garam. Kacau rata dan tuangkan ke dalam periuk nasi bersama Udang dan biarkan sehingga nasi masak.
  7. Taburkan daun ketumbar, kismis, kacang gajus, air mawar sebelum dihidang.
Selamat mencuba..
0 Komentar untuk "Resepi Nasi Beriani Udang"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info