RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Ayam Rose


Resepi Ayam Rose Indera Kayangan nama yang diberikan Oleh Chef Kamarul untuk resepi ini. Resepi ni sangat sedap, rempah & daun kari terasa pada ayam memang best & sesuai dimakan bersama Nasi Briyani.



Bahan Bahan: Untuk 10 orang
  • 1 ekor Ayam ( potong 12)
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 2 sudu besar Serbuk kari ayam
  • 2 sudu besar Cili giling
  • 4 batang Serai (diketuk)
  • 5 biji Bawang Merah ( dikisar)
  • 5 ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 3 cm Halia (dikisar)
  • 1 tangkai kecil Daun Kari
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 1 Sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu besar Gula Kabung
  • 2 sudu besar Kerisek
  • 2 biji Tomato (belah 4)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak Masak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan.ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan daun kari dan serai.
  3. Kemudian masukkan pula bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau.
  4. Masukkan Cili giling diikuti dengan serbuk kari ayam. Kacau sebati dan biarkan rempah masak. Masukkan sedikit air jika perlu supaya rempah tidak hangit.
  5. Selepas itu, masukkan sos tomato, sos tiram, kerisek dan gula kabung. Masak sehingga rata ( perlahankan sedikit api)Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama tomato dan gaul rata dan biarkan kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam. & Siap

Selamat mencuba








0 Komentar untuk "Resepi Ayam Rose"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info