RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Nasi Arab Mandy




Assalamualaikum, kali ni Cik Ruby nak kongsikan pulak resepi Nasi Arab Mandy.



(1) Mula-mula sediakan stok ayam dulu.
(Stok Ayam nanti akan diguna utk masak nasi)
  • 1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
  • 2 inci halia - diketuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
  • 1 sudu kecil lada hitam biji
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil cengkih
  • 2 helai daun Bay
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:
  1. Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
  2. Kemudian angkat dan toskan ayam. 
  3. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.
  4. Ayam yang direbus stok tu akan digunakan untuk buat ayam panggang.
-----------------------------------------------------------------
(2)Nasi Arab @ Nasi Mandhi

Bahan-bahan Untuk Masak Nasi:
  • 3 cawan beras basmathi 
  • 4-5 cawan air rebusan/stok ayam (yang disediakan di atas)
  • Garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
  • Sedikit zaffran - (boleh guna pewarna kuning)

Bahan utk menumis:
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih- dimayang halus
Cara membuat:
  1. Beras dicuci kemudian ditoskan (dicuci dan direndam selama 20 min)
  2. Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
  3. Goreng hingga naik bau/kekuningan
  4. Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
  5. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
  6. Kemudian gemburkan nasi guna garpu 
-----------------------------------------------------------------

(3) HomeMade Rempah Kabsah - Sebagai salah satu bahan untuk buat ayam panggang

Bahan - bahan:
  • 1 sudu makan bunga cengkih **
  • 1 sudu makan lada hitam **
  • 1 sudu makan jintan manis **
  • 1 sudu makan jintan putih **
  • 2 sudu makan biji ketumbar **
  • 1 sudu makan buah pelaga **
  • 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
  • 1 sudu makan serbuk cili*
  • 1 sudu teh kunyit*

Cara penyediaan:
  1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
  2. Kemudian kisar bahan ** yang digoreng dgn bahan * sehingga hancur.
  3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
-----------------------------------------------------------------

(4)Ayam Panggang

Bahan Perapan:
  • 1 sudu teh zaffran - boleh ganti dgn skit serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk homemade rempah kabsah (lihat atas utk resepi dan cara buat)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil garam
  • Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:
  1. Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
  2. Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
  3. Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.
-----------------------------------------------------------------

(5) Sos Salata:

Bahan-bahan:
  • 2 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji cili besar
  • 5 tangkai cili padi
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit garam
  • Jus dari buah lemon.
Cara penyediaan:
  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
  2. Jangan sampai terlalu hancur.




resepi asal di dapur-digital.blogspot.com
SELAMAT MENCUBA..............





4 Komentar untuk "Resepi Nasi Arab Mandy"

Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian ilmu Cik Bee.
Sy dh pun membuat resepi ini dn alhamdulillah anakx pun suka.
Maafkan sy kerana berkongsi ilmu tanpa kebenaran Cik Bee.
Di sini sy mohon agar Cik Bee menghalalkan makan minum dr ilmu yg telah sy kongsi.
Wassalam.

1st cube waktu buat open house... mnjadi dgn baiknye... tq cik bee...

1st cube waktu buat open house... mnjadi dgn baiknye... tq cik bee...

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info