RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Lala Goreng Pedas


Bahan-bahan:
  • 500gm lala
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-6 biji cili padi
  • 2 biji cili besar (nak letak cili giling pun takpe)
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - potong nipis
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Rupa lala yang belum dimasak
Cara Membuatnya:
  1. lala direndam seketika untuk membuang kandungan pasir yg ada...bilas bersih
  2. tumbuk cili padi, cili besar, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat
  3. panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga garing, masukkan serai dan bawang besar..biarkan seketika.
  4. letakkan garam dan gula secukup rasa, jika kering tambahkan sedikit air
  5. masukkan lala dan tutup kuali seketika (3-5 minit)
  6. jika cengkerangnya dah terbuka menandakan lala dah masak. kaup balikkan sehingga mesra @ sekata.
  7. hidangkan, sedap dimakan panas-panas

0 Komentar untuk "Resepi Lala Goreng Pedas"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info