RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Ketupat Sotong Terengganu



Sumber asal : Bonda tercinta Pn. Nik Fatimah Nik Man

Bahan A:
  • 10 ekor sotong saiz sederhana - buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala
  • lidi untuk menyucuk

Bahan B:
  • 1/2 cawan pulut - cuci bersih dan toskan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 sudu teh garam
Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam


Bahan C:
  • 2 cawan santan - tidak terlalu pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 hiris halia - dimayang halus
  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar halba

Cara:
  1. Bahan B : Masukkan 3/4 (2 sudu kecil) pulut ke dalam perut sotong.
  2. Masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tidak keluar.
  3. Atur sotong di dalam periuk. Masukkan Bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.
  4. Siap dihidang.

Selamat mencuba.


0 Komentar untuk "Resepi Ketupat Sotong Terengganu"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info