RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Biskut Chocolate Chip




Bahan-bahannya:
  • 1 cawan mentega (unsalted)
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 s/t esen vanilla
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 s/b susu segar
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 s/t baking soda
  • 1 cawan coklat chip

Cara-caranya:
  1. Putar mentega pada kelajuan tinggi, campurkan esen vanilla dan kedua-dua jenis gula, putar hingga gebu, masukkan telur kemudian kurangkan pada kelajuan rendah.
  2. Masukkan serbuk koko sambil diputar dan diikuti dengan susu.
  3. Didalam mangkuk yang lain, gaulkan tepung bersama baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu.
  4. Masukkan coklat chip kedalam adunan mentega tadi, gaul rata dan diikuti dengan tepung, gaulkan lagi sehingga adunan rata dan menjadi doh yang lembut.
  5. Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh dan aturkan diatas dulang pembakar.
  6. Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit mengikut jenis oven masing-masing.
  7. Sejukkan dahulu barulah disimpan didalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba

0 Komentar untuk "Resepi Biskut Chocolate Chip"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info