RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Soft Crust Pizza


Bahan-bahan (untuk dua dulang pizza bersaiz sederhana)


Bahan untuk Doh
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 130 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis (instant yeast)
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar lemak sayuran (shortening)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu kecil oregano kering

Bahan Inti (terpulang pada kehendak masing-masing)
  • Sedikit sos lada hitam (i guna jenama Life)
  • Sedikit sos cili (ni pun jenama Life jugak)
  • Beberapa kiub nenas dari jenama Hosen
  • 1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
  • 5 batang sosej / hot dog ayam jenama Ramly - dipotong nipis
  • 6 batang crab stick (stik ketam) - dipotong nipis
  • 2 keping meatloaf perisa ayam (i guna jenama Ayamas)
  • 1 plastik parutan keju Mozarella jenama Bega

Cara-cara membuatnya :

Untuk Mencanai Doh Pizza Samada Menggunakan Tangan atau Mixer
  1. Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan bawang putih yang dicincang. Gaul sehingga rata.
  2. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul lagi hingga sebati dengan tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayuran dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
  3. Kemudian bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan pembalut plastik (plastic wrap) dan biar selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda

Atau, Membuat Doh Pizza dengan BreadMaker
  1. Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

Seterusnya, 
Cara Untuk Membuat Pizza
  1. Keluarkan doh, uli selama 5 minit dan bahagikan doh kepada dua bahagian. Letakkan doh di atas dulang pizza (i gunakan dulang acuan pai sebenarnya) yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  2. Tekan doh dengan hujung jari sehingga doh memenuhi keseluruhan dulang pizza tadi.
  3. Panaskan oven (preheat) pada suhu 200ºC dahulu dan bakar pizza selama 5 minit dengan suhu 200ºC jugak.
  4. Keluarkan pizza yang dibakar tadi dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, sos cili serta bahan inti yang lain mengikut susunan seperti di atas. Di mana akhir sekali ditaburkan keju sehingga rata pada permukaan pizza.
  5. Turunkan suhu dan panaskan oven (preheat) sekali lagi pada suhu 180ºC. Masukkan pizza dan bakar dengan suhu 180ºC selama 15 hingga 20 minit.
  6. Dah siap apa lagik, potongkannya kepada beberapa slice / keping untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain (hoorey!)





0 Komentar untuk "Resepi Soft Crust Pizza"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info