RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Biskut Almond Cornflakes Crunch




Bahan
  • 130 gm mentega
  • 145 gm gula
  • secubit garam
  • ½ sudu teh glukos cair (boleh diganti dgn madu)
  • 1 biji
  • 200 gm tepung gandum }
  • 1 sudu teh baking powder }
  • 1 sudu besar tepung susu }
  • ½ sudu teh sebuk kayu manis } diayak
  • 50 gm cornflake
  • 70 gm badam (dihiris)

Untuk Hiasan (Optional)
  • Sedikit badam cincang
  • Sedikit ceri hijau/merah

Cara
  1. Pukul mentega, gula, garam dan glukos sehingga lembut, masukkan telur dan terus pukul hingga sebati. 
  2. Masukkan tepung, baking powder, tepung susu dan serbuk kayu manis. Adun hingga rata. 
  3. Masukkan cornflakes dan badam hiris. Gaul rata-rata. Ambil satu sudu teh adunan dan bentukkan menjadi bebola. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan di atas dulang yg telah digris. Hiaskan dgn ceri hjau/merah di bahagian tengah dan tekan perlahan-lahan. 
  4. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12 -15 minit atau hingga kuning keemasan.
Nota: Biskut ini boleh di selaputi dgn cornflakes yg di hancurkan selain dari badam cincang.







1 Komentar untuk "Resepi Biskut Almond Cornflakes Crunch"

nak cuba lah sebab bahan2 kuih still ada lagii yang raya punya ^_^

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info