RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Kek Tapai Bijan Hitam



Bahan-bahan:
  • 200 gm majerin atau mentega
  • 150 gm gula pasir 
  • 250 gm tapai ubi - dilecek halus dan buang tulang tengahnya
  • 4 biji telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 15 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 4 sudu teh bijan hitam 
  • 2 sudu makan kismis hitam 

Cara-cara :

1. Pukul majerin dan gula hingga rata. Tambahkan tapai ubi, pukul sampai lembut.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi.

3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder yang diayak. Kacau rata. Masukkan bijan hitam dan kismis hitam gaul sampai sekata.

4. Tuang dalam loyang 22 x 22 x 24 cm yang diglis dan dialas dengan kertas roti.
5. Bakar pada suhu 190C selama 35 minit atau hingga masak.



Sumber : Sajian Sedap (Indonesia)
0 Komentar untuk "Resepi Kek Tapai Bijan Hitam"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info