RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Biskut Kurma Delight



Bahan

  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250 gm tepung gandum – diayak }
  • 100 gm tepung jagung }-- disatukan
  • 40 gm tepung kastad }
  • 30 gm serbuk badam }
  • 50 gm Nestum } -- dikisar
  • 50 gm kelapa kering }

Cara
  1. Pukul mentega, gula perang dan vanilla hingga sebati. Masukkan bahan kisar, gaul rata. 
  2. Masukkan campuran tepung tepung dan gaul lagi sehingga mendapat doh yg lembut. 
  3. Canai dan terap ikut citarasa anda. 
  4. Sapukan kuning telur di atasnya dan hiaslah dgn sehiris kurma. Bakar dgn kepanasan 180 darjah Celsius selama 25 minit atau sehingga masak. Setelah biskut sejuk baru dihias di atasnya dgn gula aising.

Bahan Hiasan
(Aising)
  • 1 biji kuning telur- dikocok dgn setitis warna kuning
  • beberapa biji kurma lembut- dihiris memanjang
  • 50 gm putih telur
  • 150 gm gula aising
  • 15 gm tepung jagung
  • ½ sudu teh esen vanilla

Cara
Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula aising, vanilla dan tepung jagung. Kacau hingga sebati. Ambil sedikit adunan gula ini, masukkan ke dalam sarung plastik (piping bag) dan hiaskan di atas setiap keping biskut, sebelum disimpan.



0 Komentar untuk "Resepi Biskut Kurma Delight"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info