RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Ayam Phat Phet


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto
Cara-cara
  1. Kisar  Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. 
  2. Setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  3. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  4. Pastikan ayam masak sepenuhnya... 
  5. Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

0 Komentar untuk "Resepi Ayam Phat Phet"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info