RESEPI TERKINI CIK BEE

Kek Sarawak - Kek Hati Pari

Kek Hati Parek(Hati Pari)



Bahan-bahan:loyang 9" x 9"
  • 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang) 
  • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn) 
  • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama) 
  • 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk > resepi browning sugar
  • 1 kati / 600 g kismis hitam 
  • 1/2 tin susu pekat manis 
  • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas) 


Cara-cara
  1. Kismis dihiris halus atau ditumbuk. 
  2. Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan. 
  3. Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih. 
  4. Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim. 
  5. Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati. 
  6. Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan. 
  7. Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati. 
  8. Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata. 
  9. Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil. 
  10. Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja. 
***utk info, saya hanya masak setengah adunan sahaja dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). Jadi, sesiapa yang nak buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.
***supaya kek tahan lebih lama, selepas dikukus, bolehlah dibakar sekejap dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Related Post

  • Resepi Kek Marble Trio Assalamualaikum. Dalam memikir2 juadah kek raya, teringat Cik Bee akan kek marble yang cukup popolar suatu ketik…
  • Resepi Kek Kukus Asam Manis Assalamualaikum.  Resepi asal kek ni adalah dari resepi Sinar Kehidupanku@Yatie. Terima kasih buat tuan pu…
  • Resepi Kek Marble Cheese Bahan A 185gm butter 1/4 cwn serbuk koko 1/2 cwn gula halus 1 cwn tepung naik sendiri 2 biji telur  *1/3 cawan …
  • Resepi Kek Kukus Coklat Keju Bahan-bahan : loyang 8x8x3 Lapisan Coklat : 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak) 170g mente…
  • Resepi Kek Buah Kukus Moist Kek buah adalah antara kek yang paling kerap kedapatan di setiap rumah masa sambutan lebaran. Cik Bee simpan elok-elo…
2 Komentar untuk "Kek Sarawak - Kek Hati Pari"

Nak tnya sikit....guna cawan penyukat or gelas nescafe?confuse??

Terima kasih,kami nak cuba buat kek ini.

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info