RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Tepung Pelita (Kuih Tako)




Perbezaan kuih tako & tepung pelita
  1. Kuih tako mengguna tepung Hoen Kwe yang memang dah siap packing berwarna hijau,putih & kuning. Tepung pelita pula hanya guna tepung beras dan anda kena tambah pewarna sendiri.
  2. Kuih tako biasanya diletak ada kiub-kiub sengkuang cina @ buah pear kat lapisan hijau bagi mendapatkan tekstur crunchy...tepung pelita kosong aje.
Bahan-bahan:
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1 cawan gula halus
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 5 cawan air panas
  • 1/2 cawan jus pandan
  • sedikit garam
  • Daun pandan/pisang untuk acuan. (sebagai alternatif, boleh guna bekas/container kecil)
VIDEO CARA BUAT KUIH TAKO/TEPUNG PELITA

Cara Buat:
  1. Bancuh 1 cawan tepung beras campur santan dan garam menjadi bahan A
  2. Bancuh tepung yang lebih dengan air panas campur jus pandan menjadi bahan B
  3. Buat acuan dari daun pisang atau pandan menjadi acuan 4 segi
  4. Panaskan air kukusan, apabila mendidih, susun acuan atas dulang, Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan
  5. Tuang bahan B ke dalam acuan dan kukus hingga beku
  6. Setelah bahan B beku, tuang bahan A ke atasnya dan kukus sehingga masak
Ha ha.. dah siap..


0 Komentar untuk "Resepi Tepung Pelita (Kuih Tako)"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info