RESEPI TERKINI CIK BEE

Kek Pisang Bermadu



BAHAN-BAHANNYA :
  • 500 gm Pisang lemak manis
  • 100 gm gula kastor
  • 300 gm tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur *saiz A
  • 2 sudu besar madu
  • 100 ml susu segar
  • 100 gm badam hiris


Untuk Tatah Di atas Kek :

4 sudu besar madu


CARA MEMBUAT :
  • Lenyekkan pisang bersama gula sehingga hancur dan gula larut.
  • Campurkan susu segar, telur dan kocok sehingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan pisang yang telah di lenyek.
  • Masukkan madu dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sehingga tepung habis.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit mentega.
  • Taburkan hirisan badam di atas kek.
  • Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 40-45 minit.
  • Setelah kek masak, sapukan dengan madu dan sedia untuk di hidangkan.


Sumber



0 Komentar untuk "Kek Pisang Bermadu"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info