RESEPI TERKINI CIK BEE

Roti Lapis Daging Berkeju




Bahan-bahan:

Untuk Inti:

  • 300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg..
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 biji bwg besar
  • 1/2 paket perencah daging black paper maggi
  • sedikit air
  • garam n gula
  • minyak

Roti:

  • 12kpg roti
  • 3biji telur
  • 200ml susu fresh
  • 8kpg slice cheese
  • cheddar diparut
  • * sayur2 ikut suka


Cara-cara:

Untuk Inti

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawag besar dan daging... goreng hingga daging empuk.
  2. Kemudian masukkan perencah black paper dengan sedikit air... masak sehingga daging masak dan kering.
  3. Ketepikan dan biar sejuk.


Untuk Roti Lapis

  1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dangan butter atau mentega
  2. Bancuhkan telur dengan susu sehingga sebati
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun dalam bekas. Buat sehingga penuh bekas untuk tingkat yang pertama.
  4. Tuang kan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan. Kemudian susun slice cheese ke atas daging.
  5. Tutup dgn lapisan roti yang dicelup seperti langkah pertama tadi...
  6. Ulang proses yang sama... Akhir sekali tabur chesdar parut pada lapisan atas sekali..
  7. Jika ada lebihan telur hanya siram di atas roti supaya tidak membazir...
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 minit( sehingga masak)
  9. Keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidang..


Selamat Mencuba

Sumber




0 Komentar untuk "Roti Lapis Daging Berkeju"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info