RESEPI TERKINI CIK BEE

Petua-petua Di Dapur





Ayam Goreng Lebih Rangup
Agar ayam goreng yang digoreng lebih rangup, gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan kemudian goreng ayam seperti biasa. Cara ini juga menjadikan ayam goreng lebih enak.


Beras tidak Mudah Rosak
Bagi mengelakkan beras berbau hapak dan rosak, masukkan segenggam atau secukupnya cili kering yang sudah dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak ke dalam bekas simpanan beras. Tutup rapat.



Daun Jambu Batu Hilangkan Hanyir Ikan


Bagi menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan air tawar, ambil beberapa helai daun jambu batu. Gaul dan ramaskan daun tersebut bersama air dan gaulkan dgn ikan. Kemudian cuci ikan dengan air bersih.



Mencuci Kerak Periuk

Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.


Ikan Tetap Segar

Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk ke dalam plastik. Simpan dalam peti dinginbeku.


Hilangkan Hanyir Ikan

Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.


Ikan/Ayam Tidak Melekat Di Kuali

Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.


0 Komentar untuk "Petua-petua Di Dapur"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info