Jumaat, 2 Ogos 2013

Resepi Sup Cendawan Creamy



Bahan-bahan
  • Cendawan Swiss Brown 
  • Cendawan butang 
  • Lobak merah (1/2 biji)
  • Sadri (1/2 batang)
  • Bawang (leek) (1/2 batang)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Kentang - dibuang kulit (2 biji)
  • Air rebusan ayam (200ml)
  • Whip cream (1/2 cawan)
  • Serbuk lada putih 
  • Garam 
  • Minyak - untuk menumis 

Cara-cara
  1. Mula-mula potong bawang besar, batang bawang, batang sadri, cendawan, dan potong dadu kentang.
  2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang bersama lobak, batang sadri dan batang bawang. 
  3. Masukkan hirisan cendawan, kentang dan air rebusan ayam. Masak sehingga semua bahan tersebut empuk.
  4. Kemudian biarkan sup tersebut sejuk.
  5. Kemudian mesin dan hancurkan sup tersebut sehingga sebati.
  6. Masukkan semula sup ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan hirisan cendawan, garam dan serbuk lada putih.
  7. Akhir sekali curahkan krim dan kacau rata.
  8. Sup cendawan sedap dihidang ketika panas.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan