Jumaat, 2 Ogos 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Parang


Bahan-bahannya
  • 3 ketul Ikan parang cuci bersih dan toskan
  • 1 inci Kunyit 
  • 1 inci Halia 
  • Serai - diketuk (1 batang)
  • 2 ulas Bawang putih - tumbuk
  • sebiji Bawang besar sedang - tumbuk
  • lada kisar dlm satu senduk
  • daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan -satu belah dua dan satu lagi di hiris2
  • 1 keping asam keping / air asam jawa secukupnya...
  • Belacan (sedikit)
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak untuk menumis 
  • air secukupnya....
  • 5-6 batang bendir kontot2- jika suka.....ta perlu di belah.
Cara-caranya :)
  1. Tumbuk bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit lumat. Kemudian, masukkan kunyit dan halia. Setelah lumat, masukkan belacan dan tumbuk lagi hingga sebati.
  2. Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan lada kisar. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa, diikuti dengan serai, bunga kantan/daun kesum, ikan dan garam secukupnya
  4. dan kacang bendir.Tambahkan air jika perlu.
  5. Kacau sedikit hingga sebati, biarkan mendidih sehingga ikan masak dan klu dah ok semuanya sedia untuk dihidang.

~~ Selamat mencuba~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan