Jumaat, 2 Ogos 2013

Resepi Stew Ayam Istimewa


Bahan Utama
:
  • 1/2 ayam dipotong kecil dibuang kulit dan lemak
  • 1 labu bawang merah dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 biji bwg putih dihiris halus
  • 4 sudu besar sos tiram

Sayuran :
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • Bunga Kobis
  • Tomato dipotong baji dibuang biji
  • Daun bawang 

Air, Serbuk lada hitam, garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung dicampur sedikit air


Cara memasaknya :
  1. Tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masuk ayam dan kacau hingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan sos tiram dan sayur keras sprt lobak dan kentang.
  4. Masukkan 1 cawan air dan renehkan stew. Masukkan air tepung jagung.
  5. Masukkan sayuran lain kecuali daun bawang. masukkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
  6. Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau dan tutup api.
  7. Hidangkan bersama nasi atau roti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan