Sabtu, 20 Julai 2013

Resepi Sup (Kuah Sizzling, Claypot, Kantonis dan Kungfu dalam masakan Cina)

Penggunaan sup dalam masakan claypot

Kali ini saya akan kongsi resepi untuk buat sup asas yang akan digunakan untuk membuat Mi Sizzling, Mi Claypot, Kantonis dan Kungfu.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
  • 3 ulas bawang putih-dicincang dadu.
  • 2 hirisan halia.
  • 1 kiub ayam.
  • 1.5 liter air.
  • 5 sudu makan minyak masak.
  • 3 sudu kecil garam.(Boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa anda)
  • 5 sudu kecil gula.
  • 5 sudu kecil serbuk perasa.(Boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa anda)

CARA-CARA MEMASAK: 
(STOK KUAH SIZZLING NOODDLE/ CLAYPOT, KANTONIS DAN KUNGFU MEE.)

  1. Mula-mula, panaskan minyak dengan api yang sederhana dan tumiskan bawang putih sebentar,kacau sebentar. 
  2. Bila bawang agak kekuningan, masukkan halia dan terus kacau sehingga bawang putih menjadi garing(jangan sampai hitam).
  3. Masukkan air dan terus rebus hingga mengelegak. 
  4. Anda juga boleh masukkan tulang ayam untuk lebih kaww! 
  5. Seterusnya masukkan bahan-bahan lain spt; garam,gula,serebuk perasa dan kiub ayam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan