Sabtu, 20 Julai 2013

Resepi Cina Islam - Sizzling Noodles

Sizzling Mee yg siap dihidang di dalam hot plate
.

Okey..ini adalah resepi dan cara-cara meyediakan Sizzling Nooddle:

Sediakan sup (rujuk cara buat sup asas).

Bahan-bahan:
  • 2 biji Yee Mee.
  • 50grm isi ayam(dipotong nipis) / udang / sotong
  • fish cake/ fish ball (ikut suka anda)
  • 2-3 Cendawan kering-Direndam sehingga lembut dan potong nipis-nipis.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Sedikit kicap pekat(untuk menghitamkan kuah sahaja).
  • Bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Sawi- sesuka anda.
  • Telur (telur mata kerbau).

Cara membuat sizzling nooddle:
  1. Masukkan kuah (sup) tadi kedalam kuali dan masukkan bahan-bahan spt kicap pekat, serbuk lada hitam, yee mee, isi ayam, cendawan, fish cake.
  2. Apabila yee mee sudah lembut masukkan sawi dan bancuhan tepumg jagung sehingga kuah sedikit pekat.
  3. Sedia untuk dihidangkan didalam hot plate yang sudah dipanaskan atau dalam mangkuk.
  4. Letakkan telur mata di atas.



Sumber








Tiada ulasan:

Catat Ulasan