Selasa, 16 Julai 2013

Resepi Simple Udang Goreng Kunyit



Assalamualaikum. Kali ni Cik Ruby akan kongsikan menu udang yang simple, iaitu Udang Goreng Kunyit. Walaupun mudah dan ringkas tapi hasilnya sangat menyelerakan.

BAHAN-BAHAN
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji cili merah - hiasan
  • 1 ulas bawang besar - potong nipis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • daun bawang - hiasan
  • garam, gula
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
  1. Udang dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan. 
  2. Bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika. 
  3. Masukkan udang tadi dan goreng sehingga masak. 
  4. Masukkan sos tiram dan kacau. 
  5. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. 
  6. Masukkan cili merah dan daun bawang yg telah dipotong..
Nah, sekarang dah siap untuk dimakan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan