Rabu, 17 Julai 2013

Resepi dan Cara Membuat Putu Piring


Assalamualaikum. Kalau entry sebelum ini tentang Putu Bambu, kali ini Cik Ruby akan kongsikan pula Resepi dan Cara Membuat Putu Piring.

Kita terus kepada resepinya.


Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 sudu garam
  • 150ml air panas
  • 1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
  • 1/2 cawan gula melaka,diparut
  • 5-6 helai daun pandan
  • kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
  • Daun pisang digunting 2inci persegi


Sebelum ke cara pembuatan, jom kita tonton video ini.



Cara-membuatnya:

  1. Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk.
  2. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas
  3. Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
  4. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.


Selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. togel singapura


    Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
    Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
    Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
    * Pin BBM : D1A279B6
    * Pin BBM : 7B83E334
    * Whatsapp : +85598291698
    * Skype : Poin.4D
    * Line : +85598291698

    BalasPadam