RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Red Velvet Cookies

an

Resepi ini Cik Bee jumpa di blog Bicara Kak Noor.. dan berasal dari blog JUICY CAFE & CAKES terus bekenan.

Pada tuan punya cookies ni izinkan Cik Bee mohon share dan mohon dihalalkan.Pada yang nak mencuba silakan memang tak rugi tau...


Bahan-bahan..
A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..
  1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang. 
  2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata. 
  3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata. 
  4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak. 
  5. 5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
  6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair. 
  7. (ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe).. 
  8. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji. 

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.





0 Komentar untuk "Resepi Red Velvet Cookies"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info