RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi ayam percik


Resepi ini merupakan resepi yang dah lama keluarga Cik Bee gunakan dan merupakan kegemaran kami sekeluarga..

Perap ayam percik
  • ayam (1 ekor);
  • 6 ulas bawang putih, 
  • 2 ulas bawang merah, 
  • serai 2 batang, 
  • jintan manis 2 sudu, 
  • garam 2 sudu, 
  • halia 
(blender kesemuanya untuk perap ayam)

Kuah ayam percik

  • Santan: Kiraan santan pekat (ratio 1 1/2 cawan santan: 1 cawan air), kalu nk kuah banyak guna byk santan pahtu tambah air, gula 2 sudu utk kuah 1 1/2 cwn santan, 
  • Lada kering (kalu nk pedas letak byk~10 btg pedas) 
  • 2 ulas bawang merah, 
  • Sedikit halia 
  • Lada kering, bawang merah dan halia di blender 

Cara-cara masak kuah
  1. Masak bahan yang dah diblender bersama santan, kacau sapai pekat sekurang-kurangnya hingga separuh dari sukatan awal santan. 
  2. Selalu mengacau hingga pekat. 
  3. Pastikan kuahnya cukup manis untuk mengimbangi rasa masin ayam. 

Membakar ayam percik
  1. Ayam bakar mesti betul-betul masak. 
  2. Lepas ayam benar-benar masak, celupkan dalam kuah santan 
  3. Ayam tadi dikeringkan dalam oven. Dibalikkan bila sudah kering. 
  4. Tip 3 diulang sehingga kuah habis. 

0 Komentar untuk "Resepi ayam percik "

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info