RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Coklat Berkacang




Hari ni Cik Bee nak share resepi 'homemade chocolate' yang dinamakan Coklat Berkacang. Jom tengok..



Bahan-bahan :
  • 25gm mentega
  • 50gm mentega kacang kasar (saya guna mentega kacang biasa je)
  • 60gm serbuk biskut
  • 65gm gula aising (boleh kurangkan sket untuk KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN)
  • 225gm coklat masakan
  • 1 sudu besar lemak sayuran
Cara-caranya :
1. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api perlahan.
2. Masukkan serbuk biskut dan dikacau rata. Saya guna biskut Jacobs Hi-Fibre, patah-patahkan dan diblend kering hingga menjadi serbuk.
3. Taburkan gula aising dan kacau hingga sebati.
4. Tekan campuran tadi di atas foil membentuk silinder supaya mudah dipotong. Tapi untuk menjimatkan masa, anda boleh juga menggotel-gotel menjadi bebola.


Coklat
5. Satukan coklat dan lemak sayuran dan cairkan secara double boiler.
6. Letak sedikit coklat di dalam cawan kertas dan biarkan seketika.
7. Campakkan campuran mentega kacang tadi ke dalam cawan.
8. Sudukan baki coklat cair supaya menutupi mentega kacang tersebut.
9. Akhirnya, letakkan dalam peti sejuk hingga coklat keras.

Credit to: Mieza Thaa K





0 Komentar untuk "Resepi Coklat Berkacang"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info