RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Bluberry Cheese Tart



Assalamualaikum...
Untuk resepi tat ini, Cik Bee sediakan resepi pastri yang sesuai digunakan untuk tat keju, tat telur, tat badam blueberry, tat kacang hazel, tat buah-buahan dan tat coklat. Bahan lain yang perlu anda sediakan adalah mould tat. Ada pelbagai corak tepi mould tat dan saiz yang boleh dibeli di kedai menjual bahan kek. Setelah mendapatkan mould yang anda suka, bolehlah mencuba resepi ini...


Bahan-bahan pastri:

  • 250 gram tepung gandum
  • 60 gram gula ising
  • 125 gram mentega
  • 1 telur kuning (yolk)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar air


Cara:

  1. Ayak tepung 3 kali dan campurkan bersama gula ising di dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul adunan sehingga membentuk 'crumbs'.
  3. Tambahkan kuning telur, esen vanilla dan air. Gaul rata sehingga adunan membentuk doh.
  4. Tutup bekas dengan plastik dan sejukkan selama 20 minit di dalam peti sejuk.
  5. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk, bentukkan pastri. Caranya tekan doh ke dalam mould tat (jangan terlalu nipis, dan jangan pula terlalu tebal). Potong lebihan doh yang terkeluar dari mould dengan menggunakan pisau kecil.
  6. Setelah itu, cucuk dasar doh dengan pencungkil gigi sebanyak 2 lubang.
  7. Setelah habis adunan, bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit. Jika pastri telah benar-benar masak, pastri akan mudah keluar daripada doh apabila mould diterbalikkan. Ketepikan pastri dan dibiar sejuk.


Bahan-bahan inti:

  • 250 gram krim keju
  • 20 gram mentega
  • 60 gram gula halus
  • 1 biji telur
  • Jem blueberry


Cara:

  1. Pukul krim keju, mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian tambah telur dan pukul sehingga sebati.
  2. Tuang adunan ke dalam pastri yang telah dimasak (separuh). Kemudian letak sedikit jem blueberry. Tuang lagi adunan di atas jem sehingga penuh pastri.
  3. Setelah selesai, letak sedikit jem blueberry di atas tat dan bentukkan corak dengan pencungkil gigi.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.
0 Komentar untuk "Resepi Bluberry Cheese Tart"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info