Ramai
yang teringin nak buat roti hasil air tangan sendiri yang lembut dan
sedap tetapi selalu tidak menjadi? atau terlalu keras sehingga boleh
dibaling ke dinding?. Untuk membuat roti bukanlah suatu yang mudah bagi
mereka yang tidak biasa membuatnya. Jika silap menguli atau silap
timbangan mungkin roti tidak menjadi begitu lembut seperti yang di
angankan. Di sini disediakan beberapa tips untuk membuat roti lebih
lembut.
1.
Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas
menguli. Pemilihan bahan juga amat penting kerana bahan akan
mempengaruhi hasil roti yang bakal dibakar. Pilih tepung roti yang baik,
bukan mencari yang murah kerana dikhuatiri teksturnya tidak halus dan
roti tidak akan menjadi lembut.
2. Pastikan semua sukatan bahan tepat
mengikut resepi yang disediakan. Sebaiknya jangan menokok tambah
sebarang bahan terutamanya sukatan majerin atau butter kerana kandungan
garam dalam kedua bahan ini boleh mematikan yis.
3.
Yis perlu aktif, sebaiknya lakukan proses penapaian dengan cara ambil
1/3 air suam didalam cawan, kemudian campurkan 1/3 sudu kecil tepung
gandum, 1/2 sudu kecil gula dan masukkan yis. Biar seketika dan apabila
yis berbuih, ini bermakna yis aktif dan boleh terus dicurah ke dalam
adunan.
4.
Untuk menguli, boleh campurkan semua bahan dan uli seperti biasa.
Tetapi jika ada penggunaan telur, telur perlu dikocak sedikit
menggunakan garpu (jika menggunakan cara manual) dan uli hingga menjadi
doh selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.
5.
Setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja
marjerin, dan masukkan ke dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh
beberapa minit lebih kurang 5 hingga 10 minit. Kemudian, keluarkan
semula dari plastik dan uli semula di dalam bekas adunan. Hasilnya doh
akan elastik dan lembut.
6.
Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya
matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah
heater, jangan biarkan doh di dapur kerana doh perlu suhu yang agak
panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastik wrap ataupun kain
bersih, pastikan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya
40 minit. Untuk mengetahui doh sudah cukup masa untu perap adalah
apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.
7.
Tumbuk-tumbukan doh bagi keluarkan angin dan uli semula beberapa minit,
kemudian bentukkan mengikut citarasa masing-masing. Perlu juga rehatkan
ia beberapa minit, lebih kurang 8 minit kemudian baru dimasukkan inti
ataupun di letakkan terus di dalam loyang pembakar.
Credit to TryMasak
0 Komentar untuk "Tujuh Petua Semasa Membuat Roti"