RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Rendang Tok

Tentang Rendang Dari Wikipedia...

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan Melayu sejak 1550-an.
AHmz 10:4 ..... Buzurjumhur Hakim pun pergi pula ke kedai orang merendang daging kambing, lalu ia berkata: "Beri apalah daging kambing
AHmz 10:7 ... kambing rendang ini barang segumpal." Sahut orang merendang itu, "Berilah harganya dahulu." Maka kata Khoja Buzurjumhur, 
Rendang juga disebut dalam lagu Hari Raya yang dinyanyikan oleh Saloma.

OK lah, sekadar perkongsian maklumat. Jom kita lihat resepi Rendang Tok...

 

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 kilo daging lembu - dipotong
  • santan dari sebiji kelapa - agak tuang sampai daging tu tenggelam
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 - 3 sudu besar gula merah - agak2 yerk
  • 2 sudu besar membumbung serbuk kari daging
  • kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
  • 1 - 2 biji bawang besar - hiris 2 nipis
  • 1/4 inci halia - hiris2
  • 1 helai daun kunyit - hiris
  • garam secukup rasa
  • Bahan tumbuk : 1/4 inci halia 3 ulas bawang putih 1/4 inci kunyit hidup 1/2 inci lengkuas 2 batang serai - hiris2 dulu

Cara-cara

  1. Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2,daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
  2. Masukkan kedalam kuali bersih, tuang santan hingga daging tenggelam, kacau sebati.
  3. Buka api perlahan dan biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. Semasa masak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.....gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan....masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  4. Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut... 

Selamat mencuba..
0 Komentar untuk "Resepi Rendang Tok"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info