RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam


Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang
300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
Bahan-bahan (kari ayam)
200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula


Cara-cara (roti jala)
  1. Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
Cara-cara (kari ayam)
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Pilihan – tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit. Ayam boleh digantikan dengan daging. Ikut citarasa masing-masing.


0 Komentar untuk "Resepi Roti Jala dan Kari Ayam"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info