RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Laksa Penang



Bahan-bahan (kuah) 10 orang
1 kg ikan selayang
20 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan
10 keping asam keping
10 cawan air
4 tangkai daun kesum
1 biji bunga kantan – dibelah dua
Garam dan gula
Bahan-bahan lain
Laksa beras cap Eka 1 kg
5 biji telur rebus – dibelah dua
Hirisan salad, bawang besar, cili api dan timun

Cara-cara
  1. Rendam laksa selama 1 jam, kemudian rebus sehingga lembut dan toskan.
  2. Untuk kuah, rebus ikan selayang sehingga lembut dan asingkan isinya daripada tulang. Guna air rebusan ikan untuk kisar tulang ikan dan kemudian tapiskan.
  3. Kisar isi ikan, bawang merah, cili kering dan cili api.
  4. Masak bahan yang dikisar di dalam periuk. Masukkan belacan, asam keping, air, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Hidangkan laksa penang dengan ulam, telur rebus dan limau kasturi (optional).


0 Komentar untuk "Resepi Laksa Penang"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info