RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Onde-onde atau Buah Melaka




Kuih onde-onde atau buah Melaka suatu ketika dulu tidak dapat dipisahkan daripada bulan Ramadhan. Di mana-mana rumah pun kuih ini begitu sebati dengan bulan puasa. Kuih ini sangat mudah dibuat dan rasanya pun sangat enak.


Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras (tak letak pun tak pe)
  • Sedikit jus pandan (ambil beberapa helai daun pandan, diblend dan tapis airnya). Kalau tak ada jus pandan, guna pewarna hijau pun boleh.
  • Sedikit garam
  • Gula melaka (dipotong empat segi kecil)

Cara membuatnya
  1. Campurkan tepung pulut dengan jus pandan serta sedikit garam. Jadikannya satu adunan yang boleh digentel, tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Kalau lembut sangat, tambah lagi tepung.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari, leperkan sikit dan masukkan gula melaka, kemudian bulatkan
  3. Rebus buah melaka dalam air yang sedia mendidih
  4. Bila buah melaka dah masak, ia akan timbul, gunakan penapis dan kaut buah melaka kemudian masukkan ke dalam air sejuk.
  5. Golekkan buah melaka atas kelapa parut yang dicampur sedikit garam.





0 Komentar untuk "Resepi Onde-onde atau Buah Melaka"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info