RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Laksa Kuah Putih Terengganu



LAKSA KUAH PUTIH TERENGGANU

Resepi : Bonda tersayang Pn. Nik Fatimah Nik Man

Bahan-bahan
Laksa beras atau gandum (ikut kegemaran)

Untuk kuah

  • 5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)* 
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia * 
  • 1 sudu kecil lada hitam* 
  • 1 kotak santan 
  • Sedikit air
  • 1 keping asam keping 
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya 
Cara masak kuah
  1. Tumbuk semua bahan yang bertanda * 
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan ke dalam periuk. 
  3. Masukkan air dan asam keping
  4. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa dan siap untuk dinikmati. 

Untuk ulaman

  • Daun kesum secukupnya dimayang halusKacang panjang secukupnya dimayang
  • Kobis diracik halus
  • Timun dimayang
  • Kacang panjang
  • Daun kemangi - buang tangkai
  • Taugeh - buang ekor 

Untuk sambal cili pula

  • 1-2biji cili merah 
  • Sedikit belacan 
(Kedua-dua bahan ini ditumbuk sehingga lumat)


Cara menghidang 

  • Untuk menikmati laksa Terengganu kuah putih ini, masukkan laksa ke dalam mangkuk, kemudian letakkan kuah di atasnya. Taburkan ulam-ulaman yang disukai.
  • Belacan, sambal cili dan garam selalunya  diletakkan dalam satu bekas untuk diambil sendiri sesuai dengan citarasa pemakannya.

Cara hidangan laksa kuah putih Terengganu





0 Komentar untuk "Resepi Laksa Kuah Putih Terengganu "

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info