RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Laksa Kuah Merah Terengganu



Assalamualaikum. Kalau sebelum ini Cik Ruby kongsikan Resepi Laksa Kuah Putih Terengganu, kali ini Cik Ruby akan kongsikan pula resepi Laksa Kuah Merah Terengganu. Pada kebiasaannya, kedua-dua jenis laksa ini dihidangkan serentak untuk memberi pilihan.

Bahannya:
  • Laksa putih
Ulaman:
  • Daun serai kayu
  • Timun
  • Kobis
  • Taugeh
  • Kacang panjang
Pilihan ulaman bergantung pada selera masing-masing. Semua ulaman ini diracik dan dipotong kecil-kecil

Bahan untuk kuah merah:
  • Ikan direbus dan ditumbuk atau diblender
  • Santan
  • Kerisik
  • Cili boh atau lada giling
  • Belacan
  • Garam
  • Gula melaka atau nisan (dalam dialek Terengganu)
  • Air rebusan ikan
  • Air secukupnya
Bahan yang diblender
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas hidup
  • Kunyit hidup
Cara membuatnya:
  1. Rebus ikan dan asingkan isi dengan tulang.
  2. Ambik isi saja dan tumbuk sehingga hancur
  3. Tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau dan masukkan cili boh/cili giling dan kacau lagi
  4. Kemudian masukkan rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros dan kacau sehingga sebati
  5. Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka, air rebusan ikan dan santan 
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Sedia dimakan bersama laksa dan ulaman.

Cara Menghidang Laksa Kuah Merah Terengganu

0 Komentar untuk "Resepi Laksa Kuah Merah Terengganu"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info