RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Kuih Koci Bersantan




BAHAN-BAHAN
untuk(20 biji)

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam- buat sendiri 
  • 1 1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam

CARA-CARA BUAT

UNTUK INTI:- 
  • Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH:- 
  • Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUIH KOCI:- 
  1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  2. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  3. Kemudian lipat seperti biasa.
  4. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih masing2.
************
Jika inginkan inti+lempuk durian

Bahan-bahan Inti Pilihan (+ lempuk durian)
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • Gula biasa/ gula melaka secukupnya - letak 1/2 kpg kecil gula melaka + 1/2 cwn gula biasa
  • 1/2 cawan air - air perlu tambah sbb guna kelapa kering 
  • 1 sudu besar tepung gandum 
  • 1-2 sudu besar lempuk/durian
  • 1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Cara Menyediakan Inti
  1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
  2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
  3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)

JOM TENGOK VIDEO...






0 Komentar untuk "Resepi Kuih Koci Bersantan"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info